Perayaan Tradisional

Kaum-kaum di Malaysia menyambut perayaan masing-masing dengan cara-cara tertentu. Hari perayaan lazimnya kini merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama sebagai hari yang bermakna kepada mereka. Hari-hari ini biasanya merupakan hari kelepasan am di negara-negara yang menyambutnya. Walaupun cara-cara penyambutan yang berlainan, tetapi rakyat di Malaysia saling hormat-menghormati dan kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain semasa hari perayaan mereka.
Kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri
Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:
  • Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
  • Mandi sunat di pagi hari raya
  • Memakai pakaian baru atau bersih
  • Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
  • Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
  • Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
  • Solat Sunat Hari Raya
  • Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kaum Cina
  • merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
  • Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. 
  • Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
  •  Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. 
  • Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. 
  • Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. 
  • Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Kaum India
Hari Deepavali
  • Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divadi  (bahasa Hindi: äùð÷îù) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
  • Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
  •  Menurut lagenda, Raja Naragasura     yang  kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai  hari  kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang  baik  tentang  godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. 
  • Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat  dinyalakan  di  rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.