Hasil Pembelajaran



Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Kandungan ini disampaikan menerusi enam tema seperti berikut:
1. Sayangi Diri
2. Sayangi Keluarga
3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
4. Kenali Budaya Malaysia
5. Malaysia Negaraku
6. Sedia Hadapi Cabaran
Tema-tema ini tidak semestinya diajar secara urutan dan guru boleh menyesuaikan tema ini dengan peristiwa atau isu semasa yang berlaku sama ada dalam sekolah, masyarakat atau di peringkat negara. Misalnya, tema Malaysia Negaraku boleh diajar dalam konteks sambutan Bulan Kemerdekaan agar murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai warganegara Malaysia.

4. KENALI BUDAYA MALAYSIA
a. Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia
  • Pakaian
  • Makanan
b. Kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia
  • Adab makan 
  • Adab berinteraksi
Pada akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 
i. Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia
ii. Menghuraikan adab sosial budaya Malaysia dan kepentingannya
iii. Hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum
iv. Mengapresiasi warisan budaya sendiri
v. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia
vi. Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain